full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

8 Sebab Pilih Sarawak

1001 sebab mengapa Sarawak adalah destinasi terbaik untuk mengadakan konvensyen. Kami beri anda 8 sebab utama yang patut anda ketahui:

1. Rekod Prestasi kami Sebesar Hutan Hujan kami

Kami umpama kuat lilit kerana simpulnya, yang sentiasa kukuh, kuat dan terbentang luas dalam hal menganjur serta menjadi tuan rumah di persidangan antarabangsa dan serantau. Angka menggambarkan segalanya; kami telah mencapai 80% kadar kejayaan lebih-lebih lagi apabila kami bersaing dengan destinasi lain untuk persidangan antarabangsa.

2. Sokongan Kerajaan: Kukuh ibarat Pokok Belian

Umpama pelbagai kehidupan yang mendiami pokok Belian; Sarawak juga mempunyai sokongan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Tambahan pula, sistem pemerintahan yang stabil setelah 50 tahun kemerdekaan menjadikan Sarawak sebagai satu destinasi konvensyen yang amat ideal.

3. Destinasi Unik untuk Acara Luar Biasa

Setiap acara, konvensyen, mesyuarat dan persidangan patut memiliki idea yang unik, asli, dan berkesan. Apabila Sarawak bergabung dengan pasukan SCB yang sentiasa merealisasikannya, ia membuatkan Sarawak satu­satunya destinasi ekopelancongan yang tepat untuk anda. Ia adalah negeri yang memiliki Hutan Hujan tertua di dunia yang dipenuhi dengan tarikan eksotik dengan kelengkapan tahap pencaipaian bersistem teknologi dan komunikasi membuatkan ia adalah rahsia kami yang paling berharga.
Segalanya dalam genggaman kami; Acara konvensyen yang disediakan dengan kelengkapan moden beserta aktiviti yang berlatar belakangkan persekitaran hijau; mahupun acara di dalam bangunan bersejarah di Sarawak.

4. Iklim Tropika untuk Keselesaan Korporat

Berpakaian kasual kemas untuk acara korporat sangat sesuai dengan keadaan cuaca tropika di Sarawak. Cuaca cerah dengan pancuran tropika bersuhu 21 ° C hingga 32 ° C dengan angin yang nyaman amatlah sempurna untuk program-program insentif dan acara-acara sepanjang tahun di sini.

5. Mesra Budaya

Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Cina, India dan Serani – di sini, mereka digelar sebagai etnik Sarawak yang sopan dan mesra. Keramahan pelbagai etnik di Sarawak amat menyenangkan apabila mereka saling menghargai budaya kaum masing-masing dengan latar belakang agama yang berbeza malah kurang mewujudkan sikap prejudis dikalangan mereka. Keharmonian dikalangan etnik dan budaya perayaan yang unik seperti ini, hanya berada di Sarawak. Penduduk di Sarawak bertutur dalam pelbagai Bahasa, malah Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

6. Santapan untuk Selera Semua

Gabungan sebenar masakan selama berabad-abad, warga Sarawak telah lama menikmati pengaruh rempah ratus dari India, resepi dari Cina, gabungan masakan Nyonya, masakan Melayu, campuran ramuan asli dan sebagainya.

Tidak hairanlah jika etnik Sarawak berbangga dengan makanan mereka. Kini, disamping makanan traditional Sarawak, pilihan makanan moden seperti vegetarian, halal, Barat, Jepun, Korea dan Timur Tengah yang lazat sangat mudah diperolehi di sini.

7. Komited Tanggungjawab Sosial Korporat Amat Dihargai

Sarawak kini pesat membangun dengan gabungan peningkatan hasil dan keperluan yang telah memberi beribu makna kepada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Ini termasuk pembinaan rumah untuk golongan miskin dengan menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan terus membantu mereka yang memerlukannya. SCB bersedia menghulurkan tangan untuk mencapai matlamat anda sekaligus dapat menyumbang kepada pada generasi masa hadapan – dengan memberi hasil terbaik kepada kedua pihak.

8. Peneraju Acara Khas – Pra dan Pasca

Berjayanya sesuatu acara “Pra dan Pasca “apabila acara itu tidak mungkin dilupakan oleh setiap peserta yang menghadirinya. Pasukan SCB berkebolehan dalam memberi pelbagai pilihan yang seiring dengan matlamat dan inspirasi untuk setiap sesuatu acara. Kami menjanjikan pengalaman yang eksotik yang tidak dapat dilupakan dengan harga yang berpatutan. Untuk mengetahui idea-idea hebat mengenai insentif dan majlis bertema, sila layari www.sarawakcb.com./bm