full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

Fakta Di Hujung Jari Anda

Negara

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri. 11 negeri terdapat di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat); dan 2 berada di hujung utara Borneo (Malaysia Timur).

Kedudukan Geografi

Sarawak adalah negeri yang terbesar diantara 13 negeri di Malaysia dan meliputi 124,450 km persegi (kecil sedikit daripada Greece atau Mississippi dan besar sedikit dari Korea Selatan). Ia seluas lebih 750 km pantai timur laut Borneo dan membentuk 37.5% daripada keluasan tanah dalam negara ini.

Kawasan

124,450 km2 (48,050 batu persegi)

Populasi

Sarawak mempunyai lebih 2.4 juta penduduk. Kuching mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi seramai (681,901), diikuti oleh Miri (358,020), Mukah (293,514) dan Samarahan (246782). Kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 1.8%.

Penduduk

Berbanding keluasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak seakan-akan negaranya sendiri, dengan pentadbiran hampir kesemunya dikendalikan sendiri kerana agak jauh dari Semenanjung Malaysia, adunan budaya-budaya dan cara hidup yang unik. Terdapat kira-kira 27 kumpulan etnik utama di Sarawak; masing-masing mempunyai bahasa, tradisi dan budaya tersendiri. Kumpulan etnik terbesar adalah orang Iban, yang terbentuk 31% daripada jumlah penduduk, diikuti dengan kaum Cina (28%), Melayu (20%), Bidayuh (8%), Melanau (6%), Orang Ulu (5 %), India, Serani dan kumpulan tempatan kecil (sebanyak 2%).

Bahasa

Ketika Sarawak berada di bawah pemerintahan British sehingga kemerdekaan pada tahun 1963, Queen’s English merupakan bahasa yang ditutur secara meluas di seluruh Sarawak, walaupun ketika itu Bahasa Malaysia (Melayu) adalah bahasa rasmi. Bahasa-bahasa tempatan lain termasuk Mandarin, Hokkien dan dialek-dialek utama Cina dan etnik yang lain. Terdapat juga versi Melayu Sarawak, yang dikenali sebagai Bahasa Sarawak.

Agama

Kepercayaan Kristian, Islam, Buddha dan Hindu adalah agama-agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di Sarawak.

Iklim

Garisan Khatulistiwa melangkaui Borneo kurang daripada 100 km selatan Sarawak. Iklimnya nyaman dengan tadahan hujan tropika yang kerap sepanjang tahun. Mempunyai dua musim: November hingga Mac adalah musim hujan manakala April hingga Oktober adalah musim panas. Walau bagaimanapun, perubahan iklim global dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menjadikannya tidak menentu. Pakaian yang selesa daripada bahan semulajadi adalah pilihan terbaik sepanjang tahun.

Mata Wang

Dikenali dengan tanda ‘RM’ yang merupakan unit mata wang dalam Ringgit Malaysia. Layari www.xe.com untuk semak kadar pertukaran terkini.

Kaunter-kaunter untuk Pertukaran Mata Wang Asing ada di serata tempat dan adalah dalam proses biasa dengan kadar pertukaran jelas untuk semua mata wang utama.

Mesin-mesin ATM turut terdapat di cawangan-cawangan bank utama, kebanyakkan pusat membeli-belah, lapangan terbang dan terminal-terminal bas. Mesin ATM di Malaysia perlu disertakan dengan PIN 6 angka.

Waktu Operasi Bank

Kebanyakkan bank dibuka pada hari Isnin – Jumaat: 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

* Tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Terdapat beberapa bank dan cawangannya yang dibuka pada hari Sabtu.

Pejabat Pos

Buka dari hari Isnin – Jumaat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan ada beberapa tempat yang dibuka pada hari Sabtu, 8.30 – 12.30 petang.
http://www.pos.com.my/pos/about_us/network/branch_location/sarawak1.aspx

Waktu

Lapan jam awal (+8) bagi GMT dan 16 jam awal (+16) bagi waktu Pasifik Amerika Syarikat. KLIK DI SINI untuk Waktu Malaysia.

Eletrik

220V AC, 50Hz; semua palam persegi jenis tiga pin jenis UK atau bulat dua pin jenis Eropah.

Timbang Berat dan Ukuran

Malaysia mengamalkan sistem metrik dalam timbang berat dan ukuran.

Telefon

Para pembekal perkhidmatan telefon mudah alih tempatan sangat mudah diperolehi: Celcom, DiGi, Maxis, dan Tune Talk. WIFI juga turut mudah didapati secara percuma di kebanyakkan bandar-bandar utama.

Internet

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi boleh diakses dengan mudah di hotel, kafe internet dan pusat membeli-belah dan dikebanyakkan tempat.