full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

Melawat Sarawak

Walaupun pengangkutan sungai adalah pengangkutan utama di pendalaman Sarawak, laluan jalan raya yang ekstensif juga menghubungkan Sarawak ke pekan-pekan utama dan bandar-bandar di Sarawak bahkan boleh merentasi sempadan masuk Sabah dan Kalimantan (Indonesia). Semua bandar-bandar utama dihubungkan melalui penerbangan-penerbangan MAS dan Air Asia yang juga memberi perkhidmatan kepada pekan-pekan kecil seperti Limbang dan Lawas serta lebih 30 hab luar bandar termasuk Mulu, Bario dan Ba’Kelalan.

Bersiar-siar ke seluruh pekan Sarawak amat mudah. Ini kerana, teksi dan kereta sewa mudah didapati di sini. Di Kuching pula, sampan atau perkhidmatan bot boleh didapati di sungai Sarawak yang ikonik.

Menjelang tahun 2016, anda berpeluang untuk beramah mesralah dengan pendatang baru di Perkarangan Sungai Kuching. Kerajaan Negeri telah melabur untuk pembangunan Teksi-teksi Air yang menghubungkan Waterfront Kuching ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan pelbagai tarikan pelancong lain. Ia meliputi 10 batu nautika dan setiap perjalanan mengambil masa kurang daripada 20 minit. Teksi-teksi Air ini juga turut dilengkapi dengan GPS dan tempat duduk penumpang yang selesa.