full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

Idea Pra Dan Pasca

7 Ekosistem sedalam 70 kaki

Selamat datang ke Taman Negara Bako! Dengarkan pekikan monyet, selain tapir belang dan ular hijau pendarfluor yang berkeliaran dalam habitatnya; Peminat alam semulajadi turut dapat melihat tujuh jenis hutan yang berbeza secara berturut-turut merangkumi dataran tinggi dan lautan biru. Bako adalah pengenalan yang sempurna untuk meneroka kehijauan hutan dan hidupan liar Sarawak yang merupakan rumah kepada pelbagai tumbuh-tumbuhan, sungai, air terjun, tumbuhan unik, serta persisiran yang diliputi dengan teluk dan pantai.

Meredah Hutal Tebal!

Jarak bukanlah halangan bagi mereka yang menggemarkan cabaran. Terokai hutan tebal di Taman Negara Batang Ai bagi merasai pengalaman berbeza. Terletak 250km dari Kuching dan merupakan lokasi yang menjadi sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia, tempat ini adalah wilayah terakhir yang ditakluk dan berada dalam kawalan Raja Putih. Terdapat tentangan sengit daripada kaum Iban yang menyebabkan pertumpahan darah yang mengorbankan 800 nyawa di kalangan mereka. Taman Negara Batang Ai adalah habitat kepada populasi kehidupan liar di Sarawak. Walaupun peluang untuk melihat orangutan sentiasa ada, namun perkara yang paling penting adalah pengalaman yang diperolehi sepanjang penerokaan dalam hutan tebal itu sendiri.

Kawasan Perlindungan Orangutan – Berkayak di Hutan Hujan – Rumah Panjang Annah Rais

Tiga tempat menarik yang digabungkan dalam satu lawatan merupakan peluang untuk para deligasi menjadi ‘Raja Rimba’ yang melakukan semua aktiviti dalam sehari dengan mendayung di sepanjang Sungai Sarawak dan melawat rumah panjang Bidayuh. Pelawat yang berkunjung ke rumah panjang dapat melihat dan merasai kehidupan penduduk kampung dalam menjalani rutin harian mereka seperti menumbuk dan menampi padi, tenunan bakul dan tikar serta ukiran buluh.

Miri – Niah

Perjalanan bermula dari bandar yang paling meriah di utara Sarawak, Miri; bermalam di sana dan kemudian sambung perjalanan anda ke laman tamadun tertua di Asia Tenggara di Gua Niah. Menggali arkeologi peninggalan manusia yang pernah hidup dalam gua itu pada 35,000 tahun yang lalu. Niah juga terkenal dengan sarang burung yang boleh dimakan yang terdapat pada bumbung gua yang setinggi kira-kira 300 kaki dari tanah. Dalam gua yang penuh dengan lakaran, anda dapat melihat sendiri lukisan dinding prasejarah dan juga bahan peninggalan yang masih terpelihara milik orang-orang yang pernah menjadikan gua itu sebagai rumah mereka.

Miri – Mulu

Menghabiskan malam di Miri sebelum penerbangan ke Taman Negara Mulu, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan gua terbesar di dunia dan sistem gua yang paling luas di dunia. Menyaksikan penghijrahan berjuta-juta kelawar dari gua malap pada waktu senja. Hanya ada satu perbezaan antara anda dan peneroka yang telah lalu: anda boleh meninggalkan jejak anda di belakang dalam pengembaraan hutan daripada Marriott Mulu Resort untuk pengalaman resort hutan.

Pra dan pasca pelancongan di Sarawak sila layari senarai Syarikat Pengurusan Destinasi tempatan di
http://sarawakcb.com/bm/?cat=21&key=&x=18&y=14