full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

Idea Parti Bertema

MEMBURU KEPALA DI RUMAH PANJANG

Memburu kepala pada zaman ini tentu menyeronokkan jika dilakukan di rumah panjang kaum Iban, lebih-lebih lagi apabila aktiviti ini direka dan diwujudkan khas oleh pasukan SCB terutamanya utuk keperluan anda. Para deligasi pasti seronok jika ia disertai dengan alunan muzik tradisional serta dikelilingi gadis-gadis yang menari mengenakan pakaian tradisional Sarawak. Lebih istimewa apabila aktiviti ini akan diraikan sekali bersama adat dan budaya Miring dengan hidangan Tuak (arak beras) sebagai minuman utama (bagi peserta yang bukan beragama Islam sahaja). Selalunya, adat dan budaya Miring ini adalah adat bacaan doa oleh penghulu rumah panjang, untuk tujuan kesejahteraan. Raikan konvensyen dengan jamuan makan malam anda di ruai (beranda rumah panjang) sambil menyaksikan tarian ngajat (tarian tradisional Sarawak)

RAJA SEHARI

Jadilah raja dan permaisuri untuk sehari. Di Sarawak, kami gelarnya sebagai “Raja dan Rani”. Sarawak yang mempunyai sejarah seolah-olah direka seperti kisah dongeng ketika pemerintahan “Raja Putih” pada tahun 1841 apabila beberapa bahagian di Sarawak telah diberikan kepada orang British, iaitu James Brooke di atas kemenangan beliau dalam memerangi kegiatan lanun dan pemberontakan. Penduduk Sarawak pula, berbangga dengan warisan ini lalu tercetusnya idea untuk menghidupkan semula sejarah lama dengan mewujudkan parti ala penjajah Raja Putih di tepi Sungai Sarawak. Alami parti makan malam ini di salah satu bangunan lama semasa pemerintahan Brook yang terletak di Kuching yang akan diiringi dengan persembahan muzik zaman pemerintahan secara langsung di bawah langit tropika yang berlatarbelakangkan hutan hujan segar yang terletak di halaman belakang rumah raja itu sendiri.

GUA EXTRAVANGANZA

Anda berminat untuk mengadakan jamuan minum koktel di gua terbesar di dunia? Selamat datang ke Mulu, Mulu memiliki gua yang boleh memuatkan 8-jet jumbo dari sayap ke sayap. Terdapat gua yang kelihatan seperti permukaan planet makhluk asing dan gua ini juga memiliki air sangat jernih yang dapat memperlihatkan udang-udang sedang berenang di dasarnya. Mahukan mesyuarat ala dongeng di gua? Datanglah ke Kuching dan bertemu pari-pari di Gua Pari dan nikmati makan malam di dalam gua semulajadi ini di Sarawak. Kami juga membawa persembahan daripada kumpulan penyanyi tempatan untuk menghiburkan anda dengan lagu-lagu tradisional dan alunan muzik yang menggunakan alat muzik tradisional seperti Sape yang mungkin tidak dapat ditandingi.

dinewiththerock1

MENGIAU DI BANDAR KUCHING

Nama negeri Kuching pada asalnya datang dari perkataan kucing di dalam bahasa Melayu, malah ia menjadi kebanggaan penggemar haiwan kucing. Patung batu kucing besar menghiasi bandar Kuching menjadikan ia mercu tanda kepada bandar itu, serta mempunyai keunikan tersendiri dalam menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Jadi, amat mengagumkan apabila anda mengadakan pesta di perkarangan muzium kucing yang bertemakan kucing dan boleh mengenakan pakaian bertemakan kucing di pesta kucing yang menghiburkan membuatkan anda alami sendiri pengalaman yang menakjubkan. Tiada tempat yang paling indah selain meraikan sambutan acara musikal kucing dengan mengenakan fesyen bertemakan kucing.

MAGIK DI DALAM HUTAN HUJAN

Memang terdapat magik di dalam hutan liar semulajadi yang telah mewujudkan pengembaraan magikal di dalam hutan hujan Sarawak, di mana pokok gergasi berayun di sepanjang aliran sungai, katak yang berenang dan berangan ; seperti ciptaan itu benar-benar wujud di dunia ini? Di sinilah pemburu kepala dapat merasai pengalaman ini. Cermin ajaib akan membantu anda dalam membuat pilihan tempat yang akan ditransformasikan kepada hutan hujan tropika yang mempesonakan. Di sini, para deligasi akan dijamu dengan hidangan istimewa tempatan seperti midin (paku pakis) dan manok pansuh (ayam yang direbus dalam buluh) yang akan disediakan oleh tukang masak tempatan. Mereka juga akan diberi minum atma jiwa yang akan dihidangkan menggunakan cawan piala. Untuk menghidupkan kembali sihir pada waktu malam, muzik secara langsung dan persembahan dari penghibur tempatan akan membuatkan anda menari bersama!

MALAM KENYALANG MISTIK

Pada malam ini, dan pada jam ini,
Saya menyeru kuasa purba,
Wahai burung kuasa, dan pasangannya yang bercahaya
Aku bertanya kepadamu sekarang untuk membawa cahayamu,
Tempat yang suci, jauh dari dunia,
Di mana kelahiran sihir dan sihir bermula,
Penerbangan Mistik Kenyalang Borneo…

Semangat memburu kepala pada zaman purba masih hidup dikalangan warga Sarawak sehingga hari ini. Pepatah “agi idup agi ngelaban” (“selagi kami masih hidup, kami akan terus berjuang”) masih membakar semangat kami sehingga hari ini, malah terdapat pelbagai perayaan di kalangan puak, salah satunya iaitu Perayaan Gawai Kenyalang untuk memperingati serta memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan ini. Sebuah kampung yang dicipta semula lengkap dengan penduduk kampung dan persekitaran hutan hujan yang memberi peluang untuk para deligasi untuk mengambil bahagian dalam permainan tradisional iaitu salah satunya kemahiran bertempur. Anda juga boleh duduk dan menonton, atau menikmati suasana pasar di kampung.

night

IRAMA HUTAN HUJAN

Selama lebih 10 tahun, Rainforest World Music Festival telah memperoleh anugerah antarabangsa dan pengiktirafan untuk membawa pemuzik terbaik dari seluruh dunia bagi membuat persembahan diriingi dengan bengkel di dalam hutan hujan Sarawak. Pada setiap bulan Julai, kaki Gunung Santubong bergema dengan jiwa muzik dan semangat ramai pemuzik bertaraf dunia dari empat (4) benua yang bermain dengan penuh jiwa mereka di khalayak pengunjung dari pelusuk dunia yang bertempat di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Anda mahu konsert individu? Kami bersedia untuk membuat aturan untuk pemuzik yang membuat persembahan, atau menjalankan satu bengkel khas hanya untuk tetamu anda. Penginapan dan makanan semua dijamu di sekitar pantai peranginan antarabangsa.

NEW ORLEANS, DI BORNEO!

Semangat Jazz di New Orleans kini boleh dinikmati secara langsung di Borneo dengan menyelitkan unsur-unsur tribal. Datanglah ke Festival Jazz Borneo Antarabangsa di Sarawak. Inilah masanya untuk seiringan bersama irama muzik blues dengan kemudahan suit peribadi yang selesa untuk kumpulan anda dengan suasana dekorasi “Big Easy” tetapi versi Hutan Hujan Sarawak. Sebagai alternatif, reka sendiri Festival Jazz Borneo Antarabangsa mini anda sendiri yang lengkap dengan persembahan muzik secara langsung dan pasti menjamin kehebatan hari anda!

THE SURVIVOR, SARAWAK

The Survivor sebenar yang diaplikasikan di dalam tema makan malam ini adalah hasil adaptasi dari rancangan reality TV popular. Para deligasi akan dialu-alukan dengan nyalaan obor-obor dengan mengenakan pakaian orang asli, kain sarong dan penutup kepala adalah kod pakaian untuk malam itu sebagai waktu petang dan akan dimulakan dengan perarakan unggun api di mana ketua puak akan menjalankan satu majlis ramah. Kemudian, pesta BBQ bermula! Selepas makan malam, permainan tradisional dimulakan untuk memupuk keakraban para deligasi manakala penghibur tempatan akan mengekalkan mainan muzik tempatan tradisional serta tarian.

CITARASA SARAWAK

Di Sarawak, kami amat berbangga dengan makanan tradisi kami. Dalam tema parti ini, para deligasi akan ditenggelami dengan budaya gastronomi makanan Sarawak di mana akan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dari gerai-gerai yang biasanya menjadi makanan kegemaran Sarawak. Kenali pengaruh serantau terhadap rempah ratus dan resipi yang telah menjadikan mereka pakar dalam masakan Sarawak di sepanjang zaman. Lakukan tarian poco-poco sebagai menikmati selera anda kepada kepelbagaian rasa tempatan.

plate

KUMAN BIRAH SUNEH

Tak perlu hairan dengan bahasa yang pelik, ini adalah salah satu etnik asal Sarawak yang sedia ada. Keluar dan terokai semangat Sarawak. Tempah penerbangan dari Miri ke Taman Negara, Mulu. Selain gua dan hidupan liar yang mengagumkan, Mulu adalah tanah air orang Berawan. Berjalan-jalan di hutan liar dan nikmati umai; sejenis kerabu-makanan tradisional,: sambal yang menyerupai kerabu dan sudah semestinya, dihidangkan bersama tuak atau arak yang diperbuat daripada beras. Memberi pengalaman kepada para deligasi mengenali kisah terdahulu Orang Ulu. Selepas makan malam, para deligasi akan diiringi melalui hutan hujan untuk kembali ke hotel masing-masing oleh pahlawan-pahlawan Berawan sambil menyanyikan lagu-lagu orang ulu, iaitu “Leleng”.

BERMALAM DI SARAWAK MUZIUM

Muzium Sarawak telah dibina pada tahun 1891, dan merupakan Muzium yang tertua di Asia Tenggara. Pemerintah Raja British masakini sememangnya mahu rumah dan pameran kraf tempatan serta spesimen yang dikumpul oleh naturalis iaitu, Alfred Wallace. Dalam parti bertema ini, untuk satu malam membolehkan para deligasi hidup semula pada masa lalu dan alami pengalaman warisan sejarah terkaya Sarawak. Malam ini bermula dengan acara koktel di bawah kelipan bintang-bintang, diikuti dengan lawatan malam ke Muzium, dan berakhir dengan majlis makan malam yang diadakan di sekitar peninggalan purba di dalam galeri utama Muzium ini.

sarawakmuseum

BALIK KAMPUNG, ALA MELAYU.

Orang Melayu sememangnya lembut, mesra dan secara tradisinya merupakan kaum yang menyara hidup dengan hasil tangkapan di laut. Mendiami Borneo Malaysia adalah tidak lengkap tanpa merasa sendiri budaya Melayu tradisional. Para deligasi bakal alami pengalaman layanan sebenar komuniti Melayu di dalam pesta parti ini.
Para deligasi akan disambut dengan upacara membasuh kaki di pintu masuk. Mereka juga akan menikmati hidangan masakan melayu sambil duduk bersila. Nikmatilah makanan seenak-enaknya tanpa menggunakan sudu dan garpu. Amat menyeronokkan apabila anda menikmati makanan hanya menggunakan tangan anda mengikut adat Melayu. Habiskan malam anda dengan gaya hidup Melayu asli dan lihatlah dunia dari perspektif orang Melayu hanya dalam satu malam.

“LITTLE INDIA” DI SARAWAK

Budaya India diguna pakai walaupun ia jauh di sudut dunia. Para deligasi berpeluang merasai salah satu budaya tertua di dunia melalui masyarakat India di Kuching. Abad yang lalu, peniaga India singgah di salah sebuah tempat di Sarawak melalui Santubong dengan menggunakan pelabuhannya yang terletak di Pulau Maluku. Terdapat kuil yang direka menggunakan seni halus ukiran yang ditemui di seluruh Sarawak yang terletak di tempat-tempat yang masih belum diteroka. Jadilah tetamu terhormat di kuil India dan nikmati budaya India serta makanan India di Sarawak, juga saksikan hasil seni mereka menggunakan beras. Jangan lupa membawa kamera anda!

PARTI BERTEMAKAN MENGGALI MINYAK

Industri minyak laut dalam adalah salah satu industry yang penting dalam sejarah Sarawak. Kawasan tengah dan utara Sarawak adalah sumber emas hitam. Pelantar minyak Laut China Selatan adalah kekayaan minyak di persisiran pantai di Sarawak. Dalam tema parti ini, kehidupan di pelantar minyak dan pengembaraan ke laut dicipta semula di tanah lapang, seolah-olah para deligasi telah diangkut ke pelantar minyak di tengah-tengah lautan. Pelayan memakai baju seperti pekerja pelantar minyak dan makan malam ala ‘off shore’ – dihidangkan makanan di dalam kerajang aluminium dan semua peralatan bertemakan ‘off shore’. Penggalian untuk parti pelantar minyak boleh dianjurkan di tempat pilihan anda. Malah kami mampu membawa pelantar minyak yang asli mengikut kehendak anda.

BAWA SAYA KE ANUGERAH OSCAR!

“Anugerah Oscar jatuh kepada ……”

Para deligasi akan menjadi bintang di dalam anugerah Hollywood dan Anugerah Akademi ini. Dengan berlatar belakangkan hutan hujan tropika, dan kicauan cengkerik sebagai simfoni, para deligasi melangkah keluar dari limosin mereka ke permaidani merah dan disambut oleh peminat fanatik mereka. Teriakkan Paparazzi merakam gambar dan para wartawan berebut-rebut menemu bual bintang konvensyen anda. Selamat datang ke Hollywood di Borneo. Nikmati makan malam gala dan parti Oscar selepas itu.

PARTI CUCI KERETA ORIGINAL

Tak seronok jika tiada gurauan (prank). Cuci Kereta Original akan benar-benar berlaku di mana-mana sahaja. Pernahkan pasukan anda mendapat sebuah van yang benar-benar kotor yang memerlukan cucian yang amat teliti. 20 minit seterusnya, semua orang akan tiba di “The Carwash” original, di mana mereka keluar melepak dan semuanya kelihatan cool (tetapi kotor) malah terdapat kereta yang amat kotor. Berjalan dengan penuh gaya dan nikmati hidangan makan malam gabungan makanan bertaraf antarabangsa dalam keadaan tema segalanya mengenai cuci kereta. Jadilah seorang dalam kumpulan anda yang bercerita tentang anda yang melakukannya di The Original Carwash di Kuching, Borneo.

SHAKEN, NOT STIRRED

Namanya Bond. James Bond.

Di dalam misi ini, anda perlu mengambil keputusan untuk menjadi pengintip Sarawak di eksploitasi perisikan di Casino Royale. Anda mesti berpakaian ranggi dan bergaya, tiada senjata (pengesan logam!) dan tiba di destinasi anda di dalam kereta sport yang ditetapkan. Pastikan anda swagger jadi semua yang melihat mungkin pengsan.

Koktel dan makan malam akan dihidangkan bersama-sama dengan keseronokan dan permainan. Ini adalah peluang untuk anda mengenakan pakaian ala, Agen Bond Rahsia. Bertolak ansur, jangan sesekali menyebut mati dan pecah rahsia. Jom!

… Teks akan terhapus dalam masa 30 saat ……..

BAWA SAYA NAIKI BOT CINTA

Cinta yang indah di hutan tropika di atas bot cinta, terapung di Sungai Sarawak pada petang yang nyaman, lebih sempurna jika dapat rehat dan bersantai selepas persidangan. Tema parti bot cinta seperti ada malaikat dan cupid menunggu para deligasi dengan posyen cinta dan layanan cinta. Permainan cinta-bertemakan permainan pikat “Cinta pandangan pertama”, “Akta Cinta” dan banyak lagi dengan apa sahaja pilihan anda. Cinta juga adalah perkara yang melaparkan anda. Nikmati makan malam BBQ dengan persembahan lagu-lagu cinta secara langsung.

KOKTEL DI DALAM GUA

Apakah anda suka berada di ruang gua terbesar di dunia? Lebih-lebih lagi, berkoktel di dalam gua? Gua gergasi, Taman Negara Mulu miliki segalanya. Melihat sebentar profil batu Abraham Lincoln di Gua Rusa, ikuti sungai bawah tanah melalui Clearwater Cave, yang mempunyai air jernih menutup kedalaman sungai mengalir melaluinya. Terbanglah ke Kuching dan bertemu dengan pari-pari di Gua Pari dan nikmati makan malam di bawah gua semulajadi ini di Sarawak, pembentukan semula jadi dalam bentuk dewa-dewa Cina ; atau mendengar alunan lagu di Gua Angin. Bersama kami nikmati koktel di gua. Kami juga akan bawakan kumpulan penyanyi yang akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu tradisional dengan alunan muzik menggunakan alat muzik tradisional seperti Sape ke gua di Sarawak.

50 LAMBANG KEHIJAUAN

Alam semulajadi kini amat memerlukan pertolongan dari kita. Kehidupan dikelilingi kehijauan sepatutnya dijadikan lumrah kehidupan pada hari ini. Ikuti langkah ini untuk membantu persekitaran dengan aktiviti permainan yang bertemakan alam sekitar. Direka untuk mewujudkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan bahan-bahan mampan dalam industri MICE, tema parti ini adalah satu kemestian untuk menyelamatkan alam semulajadi.

goinggreen

KEMENANGAN FIRAUN

Rasai seperti berada di Mesir ketika anda di Sarawak. Kami telah mereka malam khas kemenangan firaun dengan perayaan untuk meraikan para deligasi dan konvensyen anda. Lebih menghiburkan apabila anda bakal menikmati persembahan fire-eaters, Raja dan Permaisuri Mesir, piramid dan mumia! Malam anda akan bermula dengan perarakan besar firaun yang akan mengalu-alukan anda untuk hari raya raja-raja, diapit oleh penari gelek dan ahli silap mata. Adakah masa depan anda diramal oleh pembaca kad tarot atau anda hanya ditenggelami oleh suasana dan hanya berselfie di gerai foto bersama mumia.

Ancient-Egypt-Theme