full screen background image

IRAMA HUTAN HUJAN

Terdapat alam lain yang lebih unik di Sarawak untuk diterokai, sama ada anda menganjurkan konvensyen antarabangsa secara besar-besaran atau bengkel bagi barisan profesional dalam bidang khas. Terokai segalanya mengenai Sarawak dan ketahui saranan kami untuk acara anda.

Tempat & Penginapan

Malaysia mempunyai beberapa pilihan penginapan terbaik di dunia; dari hotel kelas pertama hingga ke hotel butik asli dan beberapa B&B murah. Harga-harga hotel yang ditawarkan di Malaysia adalah antara yang paling berpatutan di rantau ini.

Terdapat lebih daripada *6,700 bilik dengan status 3 hingga 5 bintang di Sarawak serta beberapa lagi hotel baru yang sedang dibangunkan. Terdapat juga banyak hotel-hotel kecil termasuk hartanah butik yang menawarkan pengalaman Sarawak yang serba unik.

Ringkasan kos bilik (mengikut bintang) di pusat-pusat bandar disediakan di bawah.

Category Type No of rooms Avg. Cost – Daily Rates
5 stars Single / Double *1,257 **RM350 – RM500 (USD101 – USD145)
4 stars Single / Double *2,322 **RM300 – RM450 (USD87 – USD134)
3 stars Single / Double *3,162 **RM200 – RM350 (USD87 – UDS101)

* Maklumat yang diberikan adalah betul pada masa pengeluaran dan disediakan oleh Kementerian Pelancongan Sarawak untuk tahun 2013.

** Semua kadar harga hotel adalah mengikut kadar pada masa pencetakan dan mengikut kadar harga laman web untuk satu malam, dan ia tidak termasuk 15% cukai perkhidmatan & kerajaan pada tahun 2013.

Senarai tidak lengkap hotel-hotel sila rujuk pautan ini.