full screen background image

BERSIAP SEDIA UNTUK PENGGEMBARAAN

Bersiap sedia untuk cabaran pengembaraan korporat di salah sebuah hutan hujan tropika tertua di dunia. Temui pelbagai pilihan tempat, perkhidmatan bantuan persidangan dan banyak lagi.

Pembidaan Konvensyen

Di SCB, kami komited dalam memberi sokongan penuh apabila terdapat pembidaan untuk acara di Sarawak. SCB dan rakan-rakan pembida kami akan menguruskan proses pembidaan sehingga selesai termasuk pembentukan strategi, perhubungan dan komunikasi.

MAKLUMAT PEMBIDAAN

SCB membantu dalam setiap perancangan:

  • Menghasilkan dokumen-dokumen bidaan menggunakan pendekatan dan gaya yang sesuai mengikut golongan sasaran
  • Mendapatkan surat sokongan daripada individu-individu yang berprofil tinggi
  • Risalah latarbelakang penyelidikan untuk para tetamu konvensyen
  • Mendapatkan sokongan kewangan untuk tujuan pemasaran dan promosi
  • Mendapatkan keperluan sokongan untuk pembentangan bidaan
  • Menyelaras segala pemeriksaan tapak untuk pembuat keputusan.

BANTUAN KEWANGAN

Dana juga disediakan untuk organisasi-organisasi tanpa untung (NPOs), badan-badan profesional, persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan dan syarikat-syarikat. Kelayakan adalah bergantung kepada sejauh mana sesebuah acara itu mendatangkan kebaikan seperti berikut:

  • Keuntungan
  • Tanggungjawab sosial, seperti memperkenalkan penyelidikan atau pendidikan yang lebih tinggi
  • Manfaat kepada perdagangan dan pernigaan
  • Publisiti positif kepada Sarawak

Tertakluk juga pada syarat-syarat berikut:

  • Acara mesti diadakan di Sarawak
  • Acara ini mesti menarik tumpuan deligasi-deligasi dari luar Sarawak, terutamanya para deligasi antarabangsa.