full screen background image

BERSIAP SEDIA UNTUK PENGGEMBARAAN

Bersiap sedia untuk cabaran pengembaraan korporat di salah sebuah hutan hujan tropika tertua di dunia. Temui pelbagai pilihan tempat, perkhidmatan bantuan persidangan dan banyak lagi.

Senarai Semak Konvensyen

Memilih Tarikh

  • Persidangan yang berjaya biasanya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun persediaan iaitu dari bidaan hingga penganjuran acara
  • Elak cuti-cuti umum, acara-acara-acara utama tahunan, atau konvensyen-konvensyen yang memberi saingan
  • Elak cuti sekolah awal dan hujung tahun untuk memastikan adanya tempat duduk penerbangan
  • Mesti fleksibel dengan apa jua tetapan tarikh. Memilih masa yang tidak sibuk akan mengurangkan kos dan mengelak dari persaingan yang bakal ada.
  • Tarikh persidangan yang paling digemari biasanya adalah pada bulan Ramadan;bulan yang suci bagi umat Islam.

 

Pilih & Tempah Tempat Terlebih Dahulu

  • SCB boleh mendapatkan segala sebut harga bagi pihak anda supaya anda boleh membuat keputusan lebih awal dan tepat
  • SCB akan memperkenalkan wakil-wakil jualan yang berkaitan dan menjalankan pemeriksaan tapak dengan teliti
  • SCB akan mengesahkan perkhidmatan-perkhidmatan “in-house” yang  sedia ada (seperti kemudahan audio-visual, katering, pembersihan dan lain-lain)
  • SCB akan mendapatkan senarai harga terperinci untuk membantu anda dalam membuat perbandingan harga

 

Memilih Penginapan

  • Memilih tempat untuk menginap bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pengurusan yang mudah untuk anda, ruang yang sesuai untuk segala aspek dan sudah pasti mengutamakan pilihan para deligasi. Berundinglah dengan kami mengenai perkara ini bertempat di Sarawak
  • Periksa syarat-syarat tempahan, terutamanya terma pembayaran, minimum dan maksimum tempahan bilik serta polisi penyerahan bilik.

 

Pilih Pembantu Yang Profesional

  • Hubungi lebih daripada satu penganjur persidangan profesional untuk mendapatkan perbandingan perkhidmatan dan kos yang berkaitan. Ingat, bantuan penajaan bergantung  kepada bukti yang menunjukkan seberapa baik persidangan yang akan diuruskan.
  • Minta para penganjur tender menyatakan semua perkhidmatan yang disediakan terutama pendaftaran, promosi acara, tempahan dan pelancongan, pengurusan acara, penghubung tempat, penghubung vendor, pengurusan bajet dan penajaan. Dapatkan pecahan kos terperinci, kos untuk lain-lain perkara dan pemberitahuan sepenuhnya struktur komisen yang ada.
  • Pastikan penganjur persidangan yang profesional mempunyai pengalaman dalam menganjurkan jenis acara anda.

 

Menjaminkan Tajaan

  • Sediakan cadangan-cadangan penajaan yang meyakinkan. Kenal pasti prospek-prospek penajaan dan berhubunglah dengan mereka dari peringkat awalPastikan terma dan syarat penajaan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
  • Pastikan terma dan syarat penajaan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
  • Bina pakej khas manfaat penajaan yang menarik, termasuk CSR (SCB boleh bantu memberi nasihat kepada anda)

 

Mempromosikan Konvensyen

  • Mula pemasaran anda seawal (sekurang-kurangnya 9 bulan atau 12 bulan)
  • Semak dengan Biro untuk nasihat menggalakkan perwakilan dan sokongan.
  • Dapatkan bantuan pemasaran dari penaja-penaja