full screen background image

BERSIAP SEDIA UNTUK PENGGEMBARAAN

Bersiap sedia untuk cabaran pengembaraan korporat di salah sebuah hutan hujan tropika tertua di dunia. Temui pelbagai pilihan tempat, perkhidmatan bantuan persidangan dan banyak lagi.

Perkhidmatan Penyenaraian Konvensyen

Sarawak Convention Bureau boleh membantu mempromosi dan memasarkan konvensyen anda. Objektif kami adalah untuk membantu anda menarik lebih ramai tumpuan dengan ramai deligasi. Promosi yang efektif juga menjamin anda untuk meningkatkan peluang-peluang tajaan.

Subsidi Pemasaran Menggalakkan – Deligasi

Jika anda mengemukakan butir-butir tentang konvensyen anda yang akan datang dengan mengisi dan mengembalikan borang penyenaraian acara, anda mungkin layak menerima Subsidi Pemasaran Menggalakkan – Deligasi sehinga RM5,000 setiap konvensyen.

Promosi Acara Berterusan

Butir-butir konvensyen yang akan datang disiarkan di dalam Kalendar Rasmi kami, yang dipromosikan di laman web kami dan diberikan kepada media tempatan serta antarabangsa untuk tujuan menjana publisiti tambahan. Kalendar ini juga disediakan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, organisasi-organisasi industri dan kumpulan-kumpulan berkepentingan yang lain.

Memilih Tarikh Untuk Menarik Tumpuan Perwakilan

Apabila memilih tarikh untuk konvensyen anda, pastikan anda sedar akan kehadiran acara yang sedang berlangsung di sekitarnya untuk mengelak konflik acara yang sama sedang berlangsung. Ia menjadi satu kelebihan apabila acara anda dijadualkan dekat dengan perayaan atau acara awam tempatan yang akan menggalakkan perwakilan-perwakilan untuk hadir dan memanjangkan tempoh lawatan mereka. Walau bagaimanapun, ia penting untuk anda memastikan terlebih dahulu adanya penerbangan dan penginapan jika terdapat perayaan atau acara berdekatan yang disukai oleh para tetamu dari negara-negara luar dan luar bandar

Berkongsi Sumber Data dan Maklumat

Akses kepada data yang tepat mengenai mesyuarat-mesyurat yang pasti adalah penting untuk tujuan penyelidikan berterusan dan kegunaan statistik kami. Ia adalah sama penting untuk perancangan  dan promosi yang berjaya bagi acara anda. Kami dengan senang hati akan berkongsi sumber-sumber data dan rangkaian hubungan dengan anda, dan sebagai balasan kami ingin meminta untuk berkongsi data bersama kami.

Sebabnya mudah, Kerajaan Negeri Sarawak telah melabur berjuta-juta ringgit untuk infrastruktur konvensyen yang lebih baik dan ia adalah penting untuk kami mengukur dan melapor mengenai kesan ekonomi industri konvensyen kami. Data mengenai para deligasi yang datang  juga diperlukan dalam membantu perancangan masa depan dan untuk membantu bakal-bakal pelabur dan pemaju memperolehi pemahaman yang lebih mendalam mengenai keadaan pasaran.

Kami berbangga untuk bekerjasama dengan anda dalam melaksanakan konvensyen anda sehingga berjaya, dan terima kasih kerana berkongsi maklumat mengenai acara-acara anda yang akan datang.