full screen background image

BERSIAP SEDIA UNTUK PENGGEMBARAAN

Bersiap sedia untuk cabaran pengembaraan korporat di salah sebuah hutan hujan tropika tertua di dunia. Temui pelbagai pilihan tempat, perkhidmatan bantuan persidangan dan banyak lagi.

Acara Korporat

Sarawak menawarkan anda tempat yang sempurna untuk menyerlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan program yang unik untuk pengalaman yang paling diingati di Borneo – Sarawak, Malaysia. Pasukan kami terdiri dari pakar-pakar terlatih dalam mereka konsep-konsep asli untuk acara serta menerokai pelbagai sudut sesuai keperluan keperluan dan matlamat anda. .

Bantuan kami bermula dari peringkat perancangan awal hingga selesainya perjalanan acara anda. Bersama rakan-rakan kongsi industri tempatan, kami akan bantu anda dalam menyusun jadual perjalanan acara anda dengan unik, dan memberi pilihan tempat acara serta aktiviti tertutup yang tidak boleh diakses oleh pelancong biasa . Kami juga boleh membantu anda dalam mendapatkan semua sebut harga yang berpatutan daripada pembekal-pembekal industri.

Dalam pada Sarawak bersaing dengan destinasi lain sebagai tempat mesyuarat, ajen-ajen pelancongan dan perancang insentif boleh memohon penajaan kewangan. Bantuan ini tertakluk kepada budi bicara yang akan ditentukan oleh SCB.