full screen background image

HIKMAH DARI HUTAN HUJAN

Program khas kami termasuk ceramah khas yang diberi oleh bintang Sarawak yang profesional dalam bidang masing-masing, sama ada seni, muzik, perniagaan, sains dan seterusnya. Terdapat juga anugerah biasiswa dan penghargaan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Program Tribal Wisdom Speaker

Keistimewaan suku kaum Borneo merupakan warisan yang telah Iama diperolehi. Ia adalah satu keistimewaan yang masih diterima dunia sehingga hari ini. Kami ingin berkongsi, beralih dan menjurus ke abad 21. Begitu juga Keistimewaan Tribal Wisdom Speaker (TWS) yang telah wujud sejak itu. TWS membawa penceramah etnik terbaik bersama-sama dari bidang perniagaan yang berjaya di Sarawak ini, artis dan golongan profesional untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dan bagaimana keturunan etnik mereka telah mempengaruhi kejayaan mereka hari ini.

Sesi berbentuk motivasi ini akan ditaja oleh Sarawak Convention Bureau. Sebahagian daripada pembida cemerlang akan melibatkan diri dan bergaul dengan masyarakat. TWS adalah satu konsep baharu yang menghubungkan proses pembidaan dengan puak Sarawak. Malah akan mempersembahkan tarian kebudayaan serta pertunjukkan menyumpit kepada penonton. Dari pertemuan biasa, TWS membawa kepada idea perniagaan yang berbeza. TWS adalah puak sebenar di kalangan mereka.

BAGAIMANA UNTUK MENEMPAH TWS UNTUK KONVENSYEN ANDA

Jika anda adalah penganjur acara, masukkan slot  sesi TWS ke dalam acara majlis makan malam. Sesi persidangan atau koktel lebih meriah dan menarik  dengan adanya sesi TWS selama 15 minit. Berita baiknya adalah, sesi tribal dan persembahan ditanggung sepenuhnya oleh SCB. Duduk kembali dan sabar. Kami akan mengatur penceramah dan penghibur untuk anda supaya para deligasi anda mengaguminya malah, mengenakan pakaian tradisional lengkap. Ini adalah peluang yang sempurna bagi para deligasi untuk mendalami kepelbagaian suku kaum etnik Sarawak yang unik, dengan lebih dekat dan bermakna.

Hubungi kumpulan pemasaran dan jualan kami di 082-242516 untuk senarai penuh profil penceramah, pelanggan yang lepas dan lain-lain.

BARISAN PEMBICARA

MARY WAN MERING

Kenangan Zaman Kanak-Kanak Kayan

Bersama Mary Wan Mering yang membawa anda kepada kenangan zaman kanak-kanaknya di Sungai Hulu Baram di utara Sarawak.

Mary adalah Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak. Tetapi perjalanannya yang telah bermula jauh sejak di Long Lama, Sungai Hulu Baram di mana kenangan Kayan di zaman kanak-kanaknya tertanam. Cintanya kepada Sarawak dan budaya telah diwarisi daripada ajaran dan kebijaksanaan nenek moyangnya, beliau berkongsi kebijaksanaan ini melalui kenangan zaman kanak-kanak beliau dengan neneknya; dan melalui perjalanan beliau ke arah kerjaya dalam bidang pelancongan, yang diinspirasi dari tempat kelahirannya. Beliau yang hadir sebagai gadis kampung kini menjadi seorang wanita bekerjaya yang telah mengelilingi dunia; dan kembali dengan alasan yang mudah dan membuatkan dirinya sentiasa dihargai: KELUARGA.

LARRY SNG

Pejalanan Hidup Sarawak

Siapa sangka seorang pemuda yang berusia 21 tahun berjaya di dalam arena politik? Kongsi perjalanan hidup bersama Larry Sng.

Larry Sng menjadi ahli politik muda Sarawak apabila beliau dipilih ke Dewan Undangan Negeri pada usia 22 tahun. Dibesarkan di bandar hulu sungai kecil Kapit, beliau mengekalkan asal-usulnya sebagai orang Cina Sarawak dan terus berusaha ke arah pembangunan Sarawak dan rakyatnya. Cerita disebaliknya ketika dia masih muda yang bermula dari nenek moyangnya. Selain aktif dalam politik, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya sendiri.

ELLISON LUDAN MUYAN

Tidak Menyerah Kalah

Sesi beramah mesra dengan seorang budak kampung yang menyayat hati. Bersama Ellison Ludan Muyan dengan perjalanannya dari kampung hingga ke Universiti.

Ellison Ludan Muyan merupakan seorang pensyarah di Universiti Curtin, beliau berasal dari keturunan Iban dari Kanowit yang lahir pada tahun 1950. Beliau membesar di rumah panjang, dan hanya bersekolah di kampung namun beliau banyak belajar daripada orang yang lebih tua ketika itu, dengan mempelajarinya sama seperti beliau berada di dalam kelas. Musik, pengajaran, dan inspirasinya banyak mengajar golongan muda mengenali beliau dengan melalui apa yang dipelajarinya dari orang dahulu. Bersama dengan beliau di Program Tribal Wisdom dan dengarkan cerita warisan keturunannya mengenai pengalaman memburu beliau.

CYRIL DASON KERINE

Kebijaksanaan Datuk Saya

Pengembaraan ke hutan bersama datuknya memberi seribu pengajaran seumur hidupnya.

Cyril merupakan seorang guru dan penulis blog yang berasal dari keturunan Bidayuh, Sarawak. Semangatnya dalam mendidik dan menulis membuatkan dia secara aktifnya terlibat dengan Kesatuan Guru Sarawak dan Blogger Sarawak, iaitu komuniti blog premier untuk warga Sarawak. Salah satu perkara paling penting dalam hidupnya adalah untuk menikmati setiap destinasi perjalanan hidupnya. Ia merupakan pengajaran paling berharga daripada datuknya. Mari berkongsi bersama Cyril tentang warisan yang pernah disampaikan oleh datuknya.

CHIEW CHUNG YEE

Pengajaran daripada layang-layang

Dengarkan kisah Chiew Chung Yee mengenai  kenangan layang-layang beliau yang telah membantu beliau dalam mendekati dunia.

Chiew Chung Yee – Arkitek, yang bercita-cita tinggi, penggerak utama – Mengetuai salah satu daripada firma seni bina yang paling terkenal di Sarawak. Beliau telah membantu dalam penubuhan Habitat for Humanity, gerakan di seluruh dunia yang membantu membina rumah bagi keluarga yang memerlukan. Didorong oleh hatinya yang nurani, untuk membantu masyarakat, beliau banyak mempelajarinya dari kehidupan zaman kanak-kanaknya semasa membesar di Lutong, Sarawak dalam untuk memberi kesan yang baik dalam kerja profesionalnya dan masyarakat. Beliau percaya dalam mencari kebijaksanaan melalui kesederhanaan, tidak kira sama ada ia adalah untuk reka bentuk bangunan atau bagaimana di dalam hidupnya. Mari dengarkan kenangan zaman kanak-kanaknya bermain layang-layang.

DATU DR ANDREW KIYU

Pengajaran yang cemerlang dari Penyembuh Moden Bidayuh

Jika Andrew Kiyu hidup dari 100 tahun dahulu, sudah pasti beliau kini menjadi seorang penyembuh tribal, tidak akan berubah cara pengubatan beliau dari dahulu sehingga kini – dia sentiasa berkongsi dengan dunia tentang sejarah tribal yang berharga.

Andrew Kiyu telah menjadi pengamal perubatan hampir 30 tahun. Dilahirkan di Kampung Semeba, Kuching dan beliau telah mengikuti jejak langkah nenek moyangnya, yang mana dahulu mereka bermula dari cara perubatan tradisional iaitu ‘dukun’ daripada dua belah keluarganya. Di kalangan keturunan Bidayuh, perubatan kepercayaan spiritual yang diperolehi melalui anugerah yang diberi. Dari keturunannya beliau meluaskan lagi bakatnya ke bidang perunding epidermis di terkemuka Jabatan Kesihatan Sarawak. Ceritanya adalah kisah benar, seperti kedua belah datuknya, beliau percaya dalam menyembuh orang ramai. Mari dengarkan kisahnya sendiri.