full screen background image

SIAPA PENGGERAK DI BALIK TABIR HUTAN-HUTAN HUJAN?

Kenali segalanya mengenai SCB. Temui pasukan penggerak dari sebalik tabir yang berkebolehan Mereka adalah pakar-pakar yang berada di sini bagi membawa anda ke pengembaraan korporat seterusnya di dalam hutan hujan!

Mengenai SCB

Peranan Kami

Sejak bermulanya Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (MICE), yang juga dikenali sebagai industri Acara Perniagaan (BE) di negeri ini, Sarawak Convention Bureau (SCB) menjadi tunggak penting kepada banyak organisasi dalam pembangunkan dan masarkan konvensyen-konvensyen, persidangan-persidangan dan acara-acara korporat di Sarawak. Kami adalah satu-satunya one-stop-shop sumber maklumat serta nasihat dari segala aspek tentang proses bidaan konvensyen antarabangsa.

Matlamat Utama SCB 2013/2014

  • Memenangi lebih banyak bidaan untuk Sarawak
  • Menjalin rangkaian rakan-rakan kongsi pemasaran dengan organisasi-organisasi yang sehaluan
  • Untuk meningkatkan pendidikan di kalangan kakitangan, masyarakat dan pembekal-pembekal Acara Perniagaan Sarawak bagi mengekalkan nilai jenama

 

Sejarah, Visi dan Misi

Ditubuhkan pada tahun 2006, SCB adalah hasil buah fikiran anak Kerajaan Negeri Sarawak dan merupakan sebuah Organsasi Tanpa Untung yang bermatlamat untuk membawa Sarawak ke barisan depan dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsa.

Visi Kami

Untuk mewujudkan satu-satunya persidangan-persidangan ala Sarawak yang setanding dengan persidangan terbaik di dunia , lengkap dengan hasil –hasil perniagaan yang kukuh dan pengalaman deligasi yang unik serta bagi memastikan bahawa kami adalah perancang yang dikehendaki dari seluruh dunia.

Misi Kami

Untuk mewujudkan industri mensyuarat di Sarawak yang berkembang maju dan berterusan.

SCB adalah ahli Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA). Kami menyediakan nasihat profesional untuk berjumpa dengan perancang-perancang mesyuarat. Kami juga adalah sumber yang adil dan tidak berat sebelah di antara para perancang dengan para pembekal industri tempatan. Matlamat kami adalah untuk membantu menghubungkan badan kerajaan & bukan kerajaan serta korporat dengan pelbagai keperluan dan sumber bagi menjayakan konvensyen antarabangsa di Sarawak.